Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss menyifatkan Penasihat DAP, Karpal Singh sebagai seorang pemimpin politik yang amat angkuh dan sombong.

Raja Ahmad berkata, keangkuhan itu terbukti apabila Karpal menuduh beliau tidak memahami Bahasa Inggeris sekali gus memperkecil-kecilkan kelayakan akademiknys selaku graduan dari Universiti Manchester United Kingdom (UK).

“Saya merasakan isu tersebut (tidak faham Bahasa Inggeris) tidak timbul kerana saya mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara yang medium pertuturan pengantar utamanya Bahasa Inggeris.

“Saya juga menamatkan pengajian saya di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Manchester UK yang memerlukan permahaman Bahasa Inggeris dan Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar juga amat memahami Bahasa Inggeris dengan baik,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

SiakapKeli kelmarin melaporkan cemuhan Karpal ke atas Raja Ahmad dan Mahfuz kerana didakwa tidak mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang menyebabkan kedua-dua pemimpin kanan PAS tersebut salah faham berhubung kenyataannya menggesa pendaftaran parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum dan agama dibatalkan baru-baru ini.

Konflik antara PAS dan DAP bermula apabila Raja Ahmad mendakwa Pengerusi DAP itu seorang pembohong kerana menafikan beliau ada membuat gesaan berhubung pengharaman berkenaan dalam satu sidang media pada 5 November lalu..

Karpal yang berang dengan tindakan Raja Ahmad sebaliknya mendakwa, Naib Ketua DPPM itu yang merupakan seorang pembohong kerana menuduhnya tanpa merujuk kepada transkrip penuh sidang media di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Pengerusi DAP turut menyifatkan Naik Ketua DPPM itu seorang pemimpin PAS yang tidak tahu menjaga tatasusila dan memberi amaran kepadanya supaya menjaga bahasa.

Malah, Karpal berkata, PAS sepatutnya berterima kasih kepadanya selain menyifatkan Raja Ahmad cuma seorang ahli politik `kecilan’ dalam hierarki kepimpinan PAS.

Raja Ahmad membalas kutukan Karpal dengan mendesak Karpal meminta maaf kepada PAS dalam tempoh lima hari mulai hari tersebut atau berhadapan tindakan lanjut tetapi Penasihat DAP itu menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan itu.

Mengulas lanjut itu, Raja Ahmad dalam kenyataan hari ini mempersoalkan Karpal kerana tidak menyaman syarikat-syarikat akhbar yang kononnya memfitnahnya jika benar akhbar terbabit tersalah lapor mengenai kenyataannya.

Justeru, beliau berasa kesal kerana Karpal begitu angkuh dan sombong dalam memelihara hubungan antara DAP dan PAS maka berharap Karpal dapat merendahkan diri walaupun beliau seorang pemimpin utama parti DAP.

0 comments:

Post a Comment