Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

Ramai yang sudah mengetahui bahawa aktres popular, Tiz Zaqyah tidak pernah berahsia mengenai hubungan cintanya dengan jejaka bernama Daniel Haziq.

Malah dia sentiasa memuat naik gambar kekasihnya itu di laman Instagram dan kemana-mana sahaja, mereka berdua pasti akan kelihatan bersama.

Macam belangkas yang tidak boleh dipisahkan.

Ketika diminta mengulas mengenai bilakah dirinya akan mendirikan rumah tangga, Tiz menyatakan, “saya akan berkahwin sekiranya saya mempunyai jodoh yang panjang dan kuat bersama-sama dengan kekasih saya sekarang ini”.

Tiz juga menafikan dia bakal mendirikan masjid dalam masa terdekat atau pun pada tahun hadapan.

Sementara itu, pelakon berusia 25 tahun ini baru sahaja pulang dari New York, menjalani penggambaran sitkom Oh My English yang diterbitkan oleh Red Communications.


Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment