Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 5, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa penilaian Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mendapati prestasi pelajar Tingkatan 3 di Malaysia cuma setaraf pelajar Darjah 5 di Singapura dan Korea Selatan.

Beliau mendakwa, laporan itu diperoleh menerusi Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 yang dikeluarkan oleh OECD pada 3 Disember lalu.

“Rakyat Malaysia dikejutkan dengan prestasi pelajar Malaysia yang semakin merudum. Pelajar Tingkatan 3 Malaysia setaraf dengan pelajar Darjah 5 dari Singapura dan Korea Selatan.

“Pelajar Malaysia mendapat 393 mata iaitu turun daripada 414 mata pada tahun 2009 dalam ujian membaca. Bagi mata pelajaran Sains, pelajar Malaysia meraih 420 mata, turun dua mata berbanding 422 dalam tahun 2009.

“Peningkatan dapat dilihat dalam mata pelajaran Matematik iaitu 421 mata berbanding 404 mata pada tahun 2009. Namun keputusan ini masih di bawah paras purata keputusan sedunia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Lebih mengejutkan, dakwa Nurul Izzah, Vietnam menduduki tangga lebih tinggi berbanding Malaysia apabila pembacaan, sains dan matematik di negara itu masing-masing dilaporkan meraih 508, 528 dan 514 mata.

Justeru, dakwanya, Malaysia mesti berani untuk membuat sebuah reformasi radikal kepada sistem pendidikan negara berbanding transformasi `kosmetik’ yang tidak mampu menyediakan peluang untuk pelajar bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau turut berharap kemerosotan pendidikan negara akan diperdebatkan di Perhimpunan Agung UMNO kerana sebahagian besar pelajar yang terkesan daripada kemerosotan taraf pendidikan itu adalah pelajar Melayu.

Dakwanya, Malaysia mesti berani berhenti mencampur-adukkan politik dalam sistem pendidikan maka beliau mencadangkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen dwi-partisan untuk sistem pendidikan ditubuhkan bagi mengkaji penambahbaikkan kepada sistem pendidikan Malaysia.

“Selain itu, sebuah Majlis Pendidikan Kebangsaan yang dianggotai oleh wakil parti politik, ahli akademik dan ramai lagi ditubuhkan segera bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera.

“Saya juga berharap kemerosotan pendidikan negara akan diperdebatkan di Perhimpunan Agung UMNO kerana sebahagian besar pelajar yang terkesan dengan kemerosotan taraf pendidikan itu adalah pelajar Melayu,” dakwanya lagi.

0 comments:

Post a Comment