Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 5, 2013

No Comment

Hanya kerana Ustaz Kazim Elias ditawarkan tempat dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mengisytiharkan dirinya keluar dari Pas, respon diterima terutama dalam kalangan penyokong Pas sangat ‘panas’.

Paling tak boleh terima bila seseorang dengan imej yang sepatutnya hanya berbicara dengan perkataan yang baik-baik, boleh terlepas cakap sampai keluar perkataan ‘khinzir’ pada orang lain.

Nauzubillah, kalau marah sekali pun takkan sampai macam tu sekali?

Sedangkan anak kecil kalau sebut perkataan ‘khinzir’ pada orang lain pun ada ibu bapa yang sanggup menampar mulut sebagai peringatan – begitu sekali bangsa Melayu dan orang Islam diajar supaya menjaga tutur kata.

Orang yang disamakan dengan khinzir itu pula, bukan penjahat yang merogol atau merompak orang tapi seorang ustaz yang mungkin, cuma berlainan pendirian politik dengannya.

Lihat sajalah komen di bawah yang disiarkan di laman http://theflyingkick.blogspot.com/ ini.


Kemudian, rujuk pula pada individu yang dipercayai menuturkannya. Adakah patut?


Harap-harap biar bagaimana sekalipun marah atau berbeza pendirian politik, janganlah bertindak sedangkal ini ye pakcik makcik.

Lagi pun malam tadi, Ustaz Kazim pun dah umumkan dia menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kesimpulannya dia bukan lagi ahli Pas dan pada masa sama, turut menolak jawatan ditawarkan dalam Umno. Rasanya inilah keputusan terbaik daripada seorang ahli agama.

Kepada pakcik makcik yang terlalu obses pada fahaman politik, bawalah bertenang bila bercakap soal politik lepas ini.

Kalau pun tak malu pada ‘kopiah atau tudung labuh’ anda, malu pada anak-anak dan generasi muda weh! – REM RAMZI

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment