Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 16, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa DAP Selangor yang baharu menggantikan Teresa Kok Suh Sim.

DAP Pusat dalam satu kenyataan media memberitahu, pelantikan itu diputuskan oleh wakil Konvensyen Biasa DAP 2013 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor hari ini.

“Timbalan Pengerusi adalah Gobind Singh Deo diikuti Naib Pengerusi, Teng Chang Khim dan Hannah Yeoh, manakala Setiausaha adalah Ean Yong Hian Wah,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Ng Suee Lim dilantik sebagai Bendahari, Lau Weng San (Setiausaha Organisasi) dan V.Ganabatirau serta Philip Tan Choon Swee (Penolong Setiausaha Organisasi).

Kata kenyataan itu, Ronnie Liu Tian Khiew pula dilantik sebagai Setiausaha Publisiti, Lee Kee Hiong (Pengarah Pendidikan Biro Politik) manakala Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Charles Santiago, Tiew Way Keng dan T.Kannan.

DAP Pusat turut memaklumkan empat Ahli Jawatankuasa Lantikan iaitu Ong Kian Ming, Eddie Ng, R.Rajiv dan Yeo Bee Yin.

0 comments:

Post a Comment