Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Enam sekolah di Kelantan masing-masing bakal menerima dana berjumlah RM10,000 daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai inisiatif menjalankan aktiviti jualan amal.

Pengarah BSN Kelantan Mohd Azian Abu Samah berkata wang itu akan diguna untuk menganjurkan karnival dan pertandingan bakat serta mewarna.

“BSN akan menaja RM5,000 untuk pihak sekolah melaksanakan karnival itu sementara RM5,000 lagi sebagai hadiah wang tunai pertandingan bakat dan mewarna yang akan dimasukkan ke dalam akaun BSN pemenang,” katanya selepas merasmikan program Karnival Sekolah BSN 2014 yang julung kali diadakan di sini hari ini.

Beliau berkata BSN melaksanakan aktiviti itu sebagai tanggungjawab sosial bagi memperkasa tabiat menyimpan dalam kalangan pelajar melalui Kelab Penyimpan BSN, Kelab Penabung Muda (KPM) dan pertandingan simpanan pelajar BSN melalui Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP).

Katanya, KPM dan SGSP merupakan platform terbaik untuk pelajar menyimpan wang kerana selain memberi pulangan dalam bentuk dividen, ia memiliki keistimewaan seperti insurans dan hadiah pertandingan yang lumayan.

“Kami di BSN sentiasa memberi penekanan untuk mendidik anak-anak memahami kepentingan menyimpan dan berjimat-cermat,” katanya.

Antara sekolah terpilih termasuk Sekolah Kebangsaan Che Deris, Sekolah Kebangsaan Kamil 3 dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

Karnival itu akan berlangsung sehingga 30 Nov dengan penglibatan 78 sekolah pelbagai aliran di seluruh negara iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan kelulusan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.

SGSP adalah satu pertandingan menyimpan khusus untuk pelajar sekolah manakala KPM merupakan kelab simpanan untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sehingga 18 tahun melalui simpanan minimum RM150.

Antara kemudahan dan keistimewaan untuk ahli KPM ialah aktiviti perkhemahan, kursus kepimpinan, klinik sukan dan seminar pendidikan selain perlindungan insurans kemalangan berkelompok 24 jam serta belanja pengurusan pengebumian sebanyak RM3,000. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment