Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment
Foto oleh Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Walaupun tugas asasinya sebagai wakil rasmi ke Malaysia, Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar H Al Agha sering dijemput untuk menjadi muazin bagi beberapa majlis dan masjid di sekitar Kuala Lumpur.

Bermula dengan Majlis Iftar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pada 23 Julai lalu, beberapa pihak lain, termasuk menteri turut menjemputnya untuk menyampaikan azan ketika masuk waktu solat.

Dalam temu ramah dengan BH Online di Kedutaan Palestin di Jalan Pegawai baru-baru ini, Dr Anwar berkata beliau sendiri tidak tahu kenapa beliau sering diminta untuk melaungkan azan.

"Mungkin selepas mendengar azan saya di kediaman rasmi Perdana Menteri pada Ramadan lalu, hadirin lain pula ingin mengambil kesempatan untuk meminta saya melakukannya pada majlis mereka.

"Mungkin juga dengan cara ini mereka dapat memperkenalkan wakil Palestin pada majlis yang dianjurkan," katanya. - BH Online

0 comments:

Post a Comment