Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

PELAKON Ezany Nizariff, 41, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling bahawa dia ingin meneruskan permohonan nusyuz iaitu perintah kembali taat terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32, yang bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan di sini pada 17 Julai lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani@ Mohd Zohri Mohd Nizariff, memaklumkan hasrat itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar dalam prosiding kes berkenaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 September ini, bagi sebutan kes nusyuz terbabit serentak dengan permohonan cerai cara baik yang dibuat Lizda Nuryanti.
Selain itu, mahkamah mengarahkan Ezany membawa peguam yang dilantik pada hari berkenaan.

Sebelum ini, Ezany tidak bersetuju terhadap permohonan cerai secara baik dibuat isterinya ketika sebutan kes cerai mereka, awal bulan ini kerana pelakon itu telah mengemukakan permohonan nusyuz terhadap Lizda Nuryanti pada 22 Julai lalu.

Permohonan nusyuz tersebut dibuatnya mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ezany yang juga pengusaha belacan, berkahwin dengan Lizda Nuryanti pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua anak.

Dia yang ditemui media di luar mahkamah memberitahu, pihaknya telah memfailkan permohonan hadanah iaitu penjagaan kekal ke atas kedua-dua anak mereka dan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

Ezany tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi ditemani sepupunya manakala Lizda Nuryanti tidak hadir. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment