Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berharap proses membawa pulang kesemua jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat MH17 dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Marilah kita bersama-sama berdoa semoga jenazah yang selebihnya dapat dibawa pulang ke tanah air dan kita berharap semua urusan dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara pengkebumian jenazah pramugari Hamfazlin Sham Mohamed Arifin di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham adalah antara 20 jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang dengan penerbangan khas Malaysia Airlines dari Amsterdam pagi tadi.

Sempena Hari Perkabungan Negara, Jailani mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga nahas pesawat dan berharap mereka sentiasa tabah menghadapi dugaan tersebut.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua kakitangan daripada semua agensi yang terlibat dalam pengurusan istiadat penghormatan dan menyelesaikan pengkebumian mangsa MH17,” katanya.

Sehingga kini, 30 jenazah warga Malaysia – termasuk 20 yang dibawa pulang hari ini – telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Amsterdam.

Pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.  – Bernama

0 comments:

Post a Comment