Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa ahli politik lain memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan penjelasan berhubung krisis politik semasa di negeri ini.

Khalid berkata, dakwaan bahawa beliau berbohong kepada Sultan Selangor menyebabkan krisis berkaitan jawatan menteri besar diheret ke Istana Selangor.

Katanya, berdasarkan penjelasannya, Sultan Selangor berpuas hati bahawa beliau ‘mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri’ ketika menghadap Tuanku pada 11 Ogos lalu.

“Sudah dijelaskan bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor ketika saya pergi menghadap baginda pada Isnin, 11 Ogos 2014.

“Saya menegaskan sekali lagi jika mereka – termasuk YB Lim Kit Siang yang percaya bahawa saya telah berbohong kepada Sultan Selangor berhubung perkara ini, dialu-alukan untuk mendapatkan penjelasan daripada baginda Sultan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Khalid turut mempelawa Kit Siang untuk membantu beliau dan ahli politik lain merangka surat memohon menghadap Sultan Selangor jika mereka tidak arif tentang protokol.

“Sekiranya YB Lim tidak biasa dengan protokol berkaitan, saya boleh membantu merangka surat kepada Sultan Selangor dan hanya memerlukan tandatangan beliau.

“Ahli-ahli politik lain juga adalah dialu-alukan untuk menggunakannya,” katanya.

Beliau menambah, ketika beliau menghadap Sultan Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Morib dan Hulu Kelang masih setia kepada PAS.

“Adalah tidak logik untuk mencadangkan bahawa keputusan yang dibuat selepas itu dianggap sebagai fakta sebelum ia diumumkan,” katanya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment