Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014


Tan Sri Khalid Ibrahim yang masih lagi Menteri Besar di Selangor, yang telah dipecat dari PKR telah didakwa oleh pihak tertentu telah menyerahkan borang keahlian PAS.

Namun, pihak PAS dengan pantas menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan laporan tersebut adalah laporan palsu.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang namanya turut dipetik dalam laporan tersebut, laporan itu hanyalah satu laporan palsu yang menggunakan  nama Harakah dan sangat mengelirukan orang ramai.

"Contoh laporan guna nama Harakah yang tidak betul itu ialah kononnya saya telah menerima borang permohonan menjadi ahli PAS daripada Tan Sri Khalid. Ini memang tidak betul dan sangat mengelirukan orang ramai," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau dihubungi oleh pihak media untuk menjelaskan perkara tersebut setelah ia tersebar melalui laman sosial.

Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli dan penyokong PAS supaya tidak terpengaruh dengan laporan palsu yang mengelirukan itu. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment