Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara larian anjuran Majlis Kanser Nasional (Makna) pada 1 Nov ini bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser.

Presiden dan Pengasas Makna, Datuk Mohd Farid Ariffin berkata acara ‘Makna Founder’s Night Run 2014′ yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-20 penubuhan badan itu akan diadakan di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.

Beliau berkata para peserta akan dilepaskan untuk memulakan larian pada pukul 8 malam.

“Untuk memeriahkan acara, orang ramai juga digalakkan menyertai program ‘Jom Botak’ yang memerlukan mereka membotakkan kepala mereka bagi memberi sokongan kepada pesakit kanser yang mengalami keguguran rambut ketika menjalni rawatan kemoterapi.

“Ia juga bertujuan memecahkan rekod sedia ada Malaysia Book of Records iaitu sebanyak 367 orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Farid juga berkata Makna akan menganjurkan acara larian ‘Cabaran Korporat’ untuk warga korporat yang pendaftarannya sudah bermula dan maklumat lanjut boleh diperoleh di www.maknafoundersrun.org. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment