Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

MELBOURNE – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin pembukaan pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini akan mendorong lebih banyak pelabur Australia melibatkan diri dalam perniagaan dengan Malaysia.

“Malaysia diiktiraf sebagai hab perdagangan dan perniagaan Asia dan kami sentiasa terbuka kepada perniagaan,” katanya ketika merasmikan pembukaan pejabat itu di sini.

Beliau merasmikan pejabat itu dengan menandatangani plak untuk dipasang pada pintu masuk pejabat berkenaan.

Mustapa, yang mengetuai misi perdagangan berprofil tinggi Malaysia ke Sydney, Melbourne dan Adelaide, berkata langkah memindahkan pejabat Matrade dari Sydney ke Melbourne tahun lepas akan membolehkan Malaysia menonjolkan kehadirannnya dalam bidang perniagaan di sini.

Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di sini Noor Hayati Abu Noh berkata sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (SME) Australia dan syarikat perniagaan mulinasional mempunyai ibu pejabat sama ada di Melbourne atau Sydney.

Menurut Noor Hayati antara tugas beliau ialah meningkatkan profil pengeksport Malaysia di Australia.

Noor Hayati berkata beliau juga bekerjasama rapat dengan Austrade, Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia dan Majlis Perniagaan Australia Malaysia.

Katanya konsul jeneral Malaysia di sini Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya banyak membantu dalam penubuhan pejabat itu.

Pejabat Matrade terletak di premis yang sama menempatkan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di 432 St Kilda Road. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment