Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

KEMAMAN – Kerajaan negeri merancang untuk menyediakan sistem pengangkutan jalan raya yang menghubungkan jalan utama ke kawasan perindustrian dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Kemudahan Awam Negeri, Rosli Othman berkata kerajaan negeri memberi tumpuan kepada jalan yang menghubungkan kawasan industri baharu seperti di Bukit Kor, Marang, Ajil, Hulu Terengganu dan kawasan industri baharu yang lain.

“Kita juga merancang untuk menyediakan sistem jalan raya yang menghubungkan jalan negeri dengan LPT2 bagi melancarkan perjalanan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selain itu kerajaan negeri turut memberi tumpuan untuk melebarkan jalan Kuala Terengganau-Kelantan melalui Jambatan Manir dari dua lorong menjadi empat lorong mulai tahun depan.

“Jalan dan jambatan berkenaan akan dinaik taraf di bawah Rancangan Malaysia ke-10 yang dianggarkan menelan belanja RM300 juta,” katanya.

Rosli berkata dua buah jambatan jenis ‘angkat’ yang menghubungkan Seberang Takir dengan Kuala Terengganu dan Teluk Pasu dengan Losong akan turut dibina.

Katanya dengan pembesaran jalan dan pembinaan jambatan, kesesakan trafik yang berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu dapat diatasi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment