Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS hari ini mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat pusat bagi membincang dan menentukan pendirian parti itu berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat yang bermula 10 pagi itu dihadiri Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan semua pemimpin tertinggi termasuk pemangku Ketua Dewan Ulama PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sementara itu, penyokong parti berkenaan mula memenuhi ruang hadapan bangunan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini seawal 8 pagi.

Mereka dilihat memegang kad bertulis “We are PAS member and we support our president” yang merujuk kepada sokongan berhubung kenyataan Abdul Hadi yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS sebelum ini menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR.

Pucuk pimpinan parti itu juga mengarahkan keempat-empat Anggota EXCO kerajaan negeri daripada PAS untuk terus bekerjasama dengan Abdul Khalid dan mengekalkan jawatan masing-masing walaupun semua anggota Exco daripada PKR dan DAP menyatakan pendirian tidak menyokong kepimpinan Menteri Besar itu dan telah dipecat oleh Abdul Khalid.

Kemelut kepimpinan kerajaan negeri Selangor bermula apabila Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar seperti yang diarah oleh partinya.

Ekoran keengganannya itu, Abdul Khalid dipecat oleh parti tetapi beliau berjaya mengekalkan jawatannya setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun, dua wakil rakyat PAS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin mengambil tindakan yang bercanggah dengan keputusan parti mereka apabila menyatakan pendirian menyokong Dr Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang baharu.

Berikutan tindakan mereka, mesyuarat hari ini juga dijangka membincangkan mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap kedua-dua ADUN itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment