Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 4, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang sedang memburu empat lelaki  dipercayai suspek kes seorang ahli perniagaan diserang manakala rakan wanitanya diculik  dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Ahad lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Polis Negeri Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata pihak  polis juga sedang mendapatkan maklumat tambahan berhubung kes itu.

“Polis sudah ada maklumat dan sedang dapatkan maklumat tambahan, ada banyak  perkara yang boleh membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai sebelum diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan  itu.

Suspek pada mulanya ingin bertanya berkenaan arah jalan telah menyerang mangsa  lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa.

Katanya keempat-empat suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu turut  melarikan dompet, telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM1,000 dan peralatan berharga  milik mangsa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment