Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

Berdepan pelbagai tohmahan dan digambarkan ‘tidur’ kerana didakwa tidak menjalankan tugas dan berat sebelah , Tan Sri Abdul Gani Patail menolak untuk melepaskan jawatannya selagi khidmat beliau diperlukan.

Sebaliknya, Peguam Negara itu berazam dan janji mahu melaksanakan tugasnya sebaik baik.

Malah tambahnya, beliau bertgas menunaikan segala tanggugjawab yang terletak di bahunya mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Selagi saya masih memegang jawatan ini, selagi itu saya akan selesaikan kerja saya sehabis baik.

“Saya tidak berlakon, saya juga tidak popular macam orang lain. Saya ikut undang-undang,” katanya bagi menjawab kepada tuduhan ramai yang mengatakan beliau hanya berlakon dalam melaksanakan tugasnya dan didesak melepaskan jawatan.

Menurut Gani, pejabat Peguam Negara sentiasa ingin melakukan yang terbaik mengikut undang-undang bagi memastikan tiada kesilapan yang dapat beliau lakukan.

Ini sudah cukup jelas apabila kes yang dikemukakan kepadanya berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

“Faktanya, mari kita lihat satu-satu yang kena tuduh ini, dan ada lagi yang akan dituduh esok dan kemudiannya, maksudnya apa? Kami ambil tindakan bukan?

“Yang mana, saya dan Ketua Polis Negara akan ambil tanggungjawab ini dan kami akan selesaikannya,” tegas Gani kepada bnbbc.my.

Walaupun mengakui wujudnya kekangan dalam melaksanakan tugasnya, beliau sesekali tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya demi memastikan undang-undang di dalam negara berjaya ditegakkan dan diikuti.

“Saya tidak boleh buat apa, saya perlu mengikut undang-undang yang ada. Saya seorang profesional.

“Memang saya akui kami ada masalah dalam mencari sesuatu kes itu, tapi sepanjang yang kami maklum, kami perlu ikut undang-undang, sebab kami tidak boleh lari dari undang-undang.

“Sebab bila kami pergi ke mahkamah, kami perlu gunakan undang-undang. Saya mungkin ada sentimen peribadi saya, tapi itu saya simpan untuk saya sendiri,” jelasnya. – bnbbc.my

0 comments:

Post a Comment