Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) tidak akan memberikan lanjutan masa kepada syarikat dan perniagaan yang termaktub di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk mendaftarkan peniagaan mereka, selepas tempoh itu tamat pada 31 Disember ini.

Pengarah GST Kastam Datuk Subromaniam Tholasy, berkata Kastam tidak dapat memberikan lanjutan masa berikutan semua syarikat memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk membuat persediaan sebelum cukai itu dilaksanakan pada 1 April tahun depan.

“Tarikh akhir yang ditetapkan itu bersesuaian kerana mulai Januari hadapan, Kastam boleh membimbing syarikat dan usahawan ini untuk menghadapi GST, dan sudah pasti masa suntuk jika tempoh pendaftaran dilanjutkan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ditemui pada sidang media berhubung penganjuran taklimat berkaitan GST anjuran Kastam bersama Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED), Jabatan Perdana Menteri, yang akan diadakan pada 16 Ogos ini.

Beliau berkata urusan pendaftaran juga tidak menjadi masalah kerana ia boleh dilakukan secara dalam talian di laman web Kastam, dan syarikat akan menerima nombor GST mereka dalam tempoh kurang dari 24 jam.

“Jika menghadapi masalah, mereka hanya perlu ke pejabat Kastam, dan pegawai kami akan membantu mereka berbuat demikian. Malah, kami juga mengambil bahagian dalam seminar dan taklimat GST supaya peserta yang hadir boleh terus mendaftar,” katanya.

Subromaniam mengingatkan bahawa mengikut Akta GST 2014, kegagalan mendaftarkan syarikat secara sengaja boleh menyebabkan mereka didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan atau boleh dikenakan kompaun sehingga RM15,000.

Beliau juga berkata sejak pendaftaran dibuka bermula 19 Jun lalu, hampir 7,000 daripada 300,000 syarikat yang layak berdaftar, sudah berbuat demikian.-BERNAMA

0 comments:

Post a Comment