Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 5, 2014

No Comment


Pada 4 Oktober satu kemalangan maut berdekatan Terowong Menora KM256 Lebuhraya PLUS yang telah mengorbankan dua beranak kini trending dilaman sosial. Kemalangan tersebut adalah akibat daripada kerosakan brek pada sebuah lori lalu merempuh kenderaan yang dinaiki mangsa.

Dua beranak yang maut dalam kemalangan tersebut dikenalpasti sebagai Siti Yuslianis Roslan, 20, dan ibunya Norhayati Wook, 50, yang berada di tempat duduk belakang kereta berkenaan. Manakala  pemandu kereta terbabit Muhammad Yusriman, 23, dan Muhammad Yusrizal, 25, hanya mengalami kecederaan ringan. Sementara itu Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.

Selain daripada itu beberapa kenderaan lain juga terbabit dalam kemalangan tersebut namun hanya mengalami kecederaan.

Agak sayu juga melihat gambar-gambar mereka yang dalam suasana gembira bergambar sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga Roh mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. ─ Siakapkeli.com




Berikut adalah gambar kemalangan tersebut:





0 comments:

Post a Comment