Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 5, 2014

No Comment

JEMPOL 4 Okt. - Seorang guru besar sebuah sekolah kebangsaan di sini ditahan kelmarin selepas didakwa mencabul seorang pekerja pejabat sekolah itu dalam satu kejadian pada 30 September lalu.

Suspek lelaki yang berusia 49 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini kira-kira pukul 4.20 petang selepas mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa pada kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis lalu.

"Mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun telah membuat laporan mendakwa dia telah dicabul oleh suspek pada kira-kira pukul 1 petang 30 September lalu ketika dia sedang baring secara sendirian di atas kerusi malas di dalam biliknya pada waktu rehat.

"Suspek didakwa mendekati sebelum membuka zip seluar mangsa dan memasukkan tangannya. Mangsa yang terkejut cuba melawan dan menghentikan perbuatan suspek," katanya ketika dihubungi di sini.

Berikutan kejadian tersebut kata Hamzah, mangsa mula trauma dan dia telah mengambil masa beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

Menurut beliau, pihaknya telah menghantar mangsa ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan dan dia telah dibenarkan keluar.

Tambahnya, suspek pula dipanggil datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk membantu siasatan sebelum ditahan.

"Suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

"Kita juga akan menjalankan siasatan sekiranya ada mangsa-mangsa lain yang terlibat dalam kes ini," ujarnya. ─ Utusan Online

0 comments:

Post a Comment