Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 22, 2014

No Comment

KEDAH: Satu kemalangan ngeri telah meragut nyawa seorang penuntut di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

Dikatakan setibanya di tempat kejadian, motosikal jenis Yamaha YXZ yang ditunggani oleh Mohd Nasri Rusydi Yusof yang berusia 19 tahun ketika sedang dalam perjalanan ke Bandar Puteri Jaya gagal dikawal.

Menurut laporan dari portal Harian Metro,  insiden yang berlaku pada jam 12.45 tengah malam itu mengakibatkan mangsa tercampak dan lehernya terkena simen penghadang jalan.

Menurut jurucakap polis, akibat dari hentakan itu kepala dan tubuhnya terpisah sejauh 40 meter dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya lagi, kes tersebut masih dalam siasatan polis dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat. - Siakapkeli.com

0 comments:

Post a Comment