Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 7, 2014

No Comment

RANTAU PANJANG – Mayat terakhir mangsa tragedi perahu terbalik di Pengkalan Haram Pak Jid, Wan Nur Habib Naufal Wan Ahmad Azli, 6, ditemui orang awam berhampiran Pos Tentera Kalai, Meranti kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian pada jam 8 pagi, tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamaruzzaman, berkata mayat kanak-kanak lelaki malang itu ditemui penduduk yang menjalankan aktiviti memukat di Sungai Golok berkenaan.

“Mangsa ditemui oleh orang awam sebelum ditarik anggota tentera ke tebing,” katanya.

Katanya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlangkup di permukaan air dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat. – BH Online

0 comments:

Post a Comment