Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 1, 2014

No Comment

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, kumpulan keenam jenazah tragedi MH17 akan tiba Jumaat ini.

Kumpulan tersebut jenazah Allahyarham Muhammad Afruz Tambi akan tiba akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Sekali lagi istiadat penghormatan penuh angkatan tentera akan diadakan bagi menyambut ketibaan kumpulan keenam jenazah berkenaan, kata Liow. Selain jenazah Muhammad Afruz jenazah lain termasuklah Liew Yaw Chee, Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Mathew Ezekial Sivagnanam.

“Berikutan ketibaan kumpulan keenam berkenaan, sejumlah 42 rakyat Malaysia yang terbabit dalam tragedi itu sudah kembali ke tanah air.

“Setakat ini, 27 penumpang dan 15 anak kapal rakyat Malaysia sudah dikenalpasti,” kata Liow.  ─ Siakapkeli.com

0 comments:

Post a Comment