Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 7, 2014

No Comment

WASHINGTON – Pentagon sudah membelanjakan kira-kira AS$1.1 bilion bagi membiayai operasi serangan tentera ke atas militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria sejak misi bermula pertengahan Jun lalu.

Ia termasuk lebih AS$62 juta dibelanjakan hanya untuk operasi serangan udara tentera laut dan menembak peluru berpandu Tomahawk.

Data daripada Pusat Pemerintah Amerika yang dikeluarkan hari ini menyebut, pasukan tentera laut sudah menembak kira-kira 185 bom termasuk 47 roket dari kapal perangnya di sekitar wilayah berkenaan.

Pesawat pejuang tentera udara pula sudah meledak lebih 1,000 bom dengan data turut menyebut sejumlah AS$62 juta digunakan untuk bahan letupan tentera laut. Ia bagaimanapun tidak menyebut anggaran kos untuk bahan letupan yang digunakan oleh tentera udara.

Sebahagian besar kos yang digunakan tentera laut itu untuk menembak 47 misil Tomahawk dari beberapa kapal perang di sekitar Teluk Parsi dan Laut Merah yang mensasarkan kumpulan Khorasan Group iaitu sayap al-Qaeda di lapan tempat di barat Bandar Aleppo di Syria.

Kumpulan berkenaan didakwa merancang beberapa serangan bom ke atas kepentingan Amerika dan negara Barat yang menjadi salah satu sasaran utama tentera Amerika yang memulakan serangan pertama ke atas Syria.

Pentagon kini berdepan tekanan untuk mengetengahkan kos sebenar pembiayaan ke atas operasi di Iraq dan Syria.

Pegawai berkata ia menelan belanja antara AS$7 juta hingga AS$10 juta sehari sejak Jun lalu.

Ketika ini lebih 1,300 askar Amerika di Iraq, termasuk pegawai keselamatan dan kakitangan untuk dua operasi bersama di Baghdad dan Irbil.

Lebih 40 negara menyertai tentera bersekutu yang diketuai Amerika, termasuk negara Arab yang menyertai serangan udara terhadap Syria. – AP

0 comments:

Post a Comment