Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 13, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR, Okt 13 — Sebuah laporan dari sebuah akhbar tempatan Singapura yang memetik laporan dari Demographia, kumpulan penyelidik pembangunan yang berpengkalan di US, harga rumah kediaman di Malaysia dikatakan lebih mahal jika dibandingkan dengan rumah kediaman di Singapura, Jepun dan US.

Melalui TheMalayMailOnline, laporan dari Demographia itu telah dipetik oleh akhbar tempatan Singapura itu bertujuan untuk menunjukkan ramai rakyat Malaysia masih terumbang ambing dalam isu pembelian rumah walaupun ada percubaan dari kerajaan untuk membantu mereka membeli rumah pertama.

Menurut laporan dari akhbar Singapura itu, Demographia melabelkan rumah sebagai 'sangat mahal' jika harganya 5.1x lebih mahal dari 'median annual income' (pendapatan tahunan golongan pertengahan)..

Laporan akhbar itu juga menyebut, harga rumah di Malaysia diletakkan pada paras 5.5x  manakala di Singapura pula pada paras 5.1x. Di US dan Jepun pula, Demographia melabelkan harga rumah disana sebagai 'sederhana mahal'.

Keratan laporan dari Demographia

Ini bermakna, jika diambil pada statistik yang dikeluarkan pada baru-baru ini, pendapatan tahunan bagi golongan pertengahan adalah RM60,000 (RM5,000 x 12 bulan).

Jika di darabkan dengan paras yang diletakkan (5.5x), harga rumah yang diambil kira di dalam laporan berkenaan adalah RM330,000 (5.5 x RM60,000).

Rasanya harga rumah kat Malaysia ni terutamanya kat Kuala Lumpur ni lagi mahal

Paras 5.5x yang diletakkan kepada Malaysia tiada dalam laporan Demographia, tetapi mungkin dikira sendiri oleh akhbar Singapura itu menggunakan formula yang sama digunakan oleh Demographia.  - SiakapKeli.com

Sumber : themalaymailonlineLaporan Tahunan Demographia 2014

0 comments:

Post a Comment