Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 23, 2014

31 comments

Status : Dinafikan Oleh Pihak UAI
Mula Disebar : 22 Okt 2014
Tarikh Penafian : 23 Okt 2014

Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita.

Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit. Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini :

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Zulkifli juga, UAI tidak langsung terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa. - SiakapKeli.com

31 comments:

  1. Jgn la tuduh kata pembuat prgm i want to touch dog tu n jatuhkn ulama. Itu hanya kesilapan dari pihak penganjur. Beliau seorg yg ingin berbakti kpd masyarakat shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingin berbakti kejadahnya kalu mu gi pegang benda haram? kalu jahil baik duk diam,,orang pon xtahu...drpd duk tunjuk jahil tu semua org tahu... baik gi pegang tahi la mu... nama je IQ tapi otak letak kat palo lutut..bengong budok nih

      Delete
    2. Ble dh rs iq tu lg power dr ulama2 n nabi2 dlu, gitu la jdnya..quran dh xjd pnduan, xpgg dh.. pgg hanjing plak.. pah ni pgg babi plok.. ikut logik la knon..puihh! Kiamat dkt dh ni hai..

      Delete
    3. saya juga berpandangan, kenapa nak kaitkan program i want to touch a dog tu dengan pakatan menjatuhkan ulamak? ada bukti ke yang penganjur memang berniat begitu?
      UAI difitnah. tapi jangan fitnah orang lain pula.

      Delete
    4. Knpa rohaniah noor tanya? Jelas bnda ni becanggah dgn mazhab syafie dn ulamak lain dn semestinya mnjtuhkn martabat islam dan ulamak.. Sy bg contoh. Awk ada anak.. Awk ckp kat anak awk rogol tu haram dn xbleh buat tpi anak awk buat.. Dia buat tu nak puaskn mafsu dan xniat pom nk jtuhkan maruah awk.. Tpi maruah dn martabat awk jatuh tak? Cuba pikir.

      Delete
    5. Setuju sgt2 qayyum....benda yg salah x payah nk pertahan

      Delete
    6. Dah sah2 program I Want To Touch A Dog tu 'mempergunakan' ustaz untuk menjatuhkan imej dan martabat islam/ulama. Ustaz tu sendiri mengaku dia tak tahu akan ada sesi utk memegang berpeluk cium anjing. Dia mengaku rasa teraniaya dgn program tu dan telus memohon maaf.. Masih korang nak cakap program tu takde kena mengena? Susah orang berfikiran liberal nih..

      Delete
    7. Setuju sgt dikaitkan cite ni dgn program sentuh anjing tu..program tu akn menyebabbkn org islam kita marah pada ulama..dn akan wujud manusia2 yg mempertikaikan kata2 ulama..x faham kenapa ade lg org melayu islam kite yg mcm sokong program tu..lebih2 lg ppn..sedih..kesian dgn manusia2 yg xde sensitiviti mcm ni..

      Delete
  2. Berbaktilah ngan cara berhemah.... banyak lg cara utk menarik masyarakat kepada islam..... jangan terpedaya dakyah yahudi dan syiah untuk merosakkan umat islam.... sesuatu yg lebih bermanfaat... kenapa tidak diadakan program I want to touch orphane.... atau seumpamanya yg boleh disertai seluruh manusia...bukan hanya islam tapi seluruh umat... lagi bermanfaat... inikan anjing sehinggakan malaikat pun tertangguh berjumpa Rasulullah s.a.w....fikir2kanlah... jgn terpedaya dgn dakyah musuh2 islam....

    ReplyDelete
  3. Dlu UAI dituduh membuat maksiat di Dungun..pastu dituduh meraba ank dara..skang dituduh skandal video..tp kami ank muda xkn brganjak se inci pn utk prtahankan ulama yg kami syg.

    ReplyDelete
  4. buat gano pun... kalau background bagus tak de nye orang nak percaya bulat bulat. cuba kalau yg tak berjenis. siap la bertepis.. itulah kelebihan keperibadian yg baik.. salute uai. biarla ustaz. dia tersilap orang nak tabur fitnah.. org ganu kate dok dekih langsung.

    ReplyDelete
  5. Sngt setuju...sy gak xkn berganjak nk mempercayai perkara mengarut mcmni...inilah fitnah akhir zaman...

    ReplyDelete
  6. Teruskan perjuanganmu mu uai..kami sokong dan akn terus sokong..jgn biarkan agenda yahudi nk menghancurkan islam itu trust berleluasa..Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  7. yg haram tetap haram... bakti ape kejadah nye

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Kita berdoa jelah supaya allah balas balik fitna yg di buat si penfitnah dengan setimpal apa yg dia buat allah maha tahub isi hati mereka

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Ape kene mengena matlamat dgn video adess..����

      Delete
  11. sye tk percaya ini semua.cuba anda tengok janggut beliau.sepatutnya.besar.tpi ni kecik.ini hanya tiruan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye btul2..cube tgk janggut ustaz dalam video youtube yang lain same tak..kalu tak same tu bukan la...

      Delete
  12. hok buat program i want touch a dog tu sumbak..mikir pelik pado ore..

    ReplyDelete
  13. Kalu ank2 tanya binatang hlal haram...huhu haru nk jwb..kt sek ustaz ustazah..pon da pening nk bg contoh

    ReplyDelete
  14. Tp rasanya baik UAI bulan laporan polis kalu betul fitnah....biar polis siasat...tp kenapa tak nak buat laporan polis yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dh buat kot..laporan polis tak mcm update status facebook..terus publis kat public hehe..sabO2 uAi tau nak buat keJo mcm manO..

      Delete
    2. Laporan tak buat lg..tapi pihak berkuasa takkan diam jer..image islam perlu dijaga

      Delete
  15. Jgn dok cayO vid tu..tengok perut org dlm vid tu buncit semcm jer..perut besar mkn duit haree..uai nmpak stedy jer slim river..
    Hidup uAi hidup uAi

    ReplyDelete
  16. Video macam original...camera begerak2 ke sana sini..adakah org jahat ni pecah masuk bilik tidur ustaz..pihak berkuasa kene ambil tindakan segera..

    ReplyDelete
  17. Ape da...die tahan perangkap...umpan x mengena...di suruhnya mangsa supaya masuk perangkap ...kikiki macai2

    ReplyDelete
  18. Yang menafikan pembantu dia. Bukan dia sendiri. Lagipun salah ke kalau nak bersama isterinya sendiri. Yang dah sah dinikahi. Maka sebab itulah dia tak membuat laporan polis.

    Cuma yg menjadi masalahnya di sini adalah macamana video yg sepatutnya bersifat private boleh terlepas ke tangan orang yg tak bertanggungjawab dan disebarkan ke khalayak umum. Dan siapakah orang ketiga yg mengambil video tersebut? Isteri keduanya atau pertamanya?

    ReplyDelete