Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 9, 2014

No Comment
Jonathan Wong Guanjie


AL AIN (UAE): Skuad menembak lelaki negara berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 50 meter Air Pistol di Kejohanan Universiti Dunia WUSC Ke-5 di sini, hari ini.

Trio negara - Jonathan Wong Guanjie, Jasmi Muhammad Zin dan Eddy Chew - adalah pasukan pertama dari Asia untuk menyumbang pingat pada hari pertama kejohanan yang bermula hari ini sehingga 12 Oktober ini.

Pingat emas dalam acara berkenaan dimenangi pasukan Poland manakala perak menjadi milik Romania.

Menurut Ketua Pengurus Pasukan Menembak Malaysia, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din semangat perjuangan ditunjukkan trio negara amat tinggi.

"Mereka memiliki motivasi luar biasa sebagai bukan pilihan dan bertanding dengan pasukan bertaraf dunia, terutama dari Blok Timur seperti Romania, Poland, Slovakia dan Republik Czech," katanya.

Eddy dan Jonathan, baru-baru ini mewakili skuad negara dalam Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Menurut Mohamed Fadzil, kejohanan lima di Emiriah Arab Bersatu ini membabitkan 450 penembak dari lebih 50 negara - BH Online

0 comments:

Post a Comment