Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

Waze, aplikasi yang sangat membantu bagi mereka yang sering sesat untuk ke mana-mana destinasi kini menambah lagi ciri-ciri menarik padanya.

Jika selama ini Waze mempunyai kelebihan di mana pengguna boleh berkongsi laporan semasa seperti jem, sekatan polis, kemalangan dan sebagainya, kini Waze menjadikan suara penunjuk arah aplikasi ini pula lebih santai dan tidak kedengaran ‘skema’.

Buat pertama kali, Waze menggunakan suara selebriti Hollywood bagi menemani pengguna aplikasi mereka.

Menerusi kerjasama dengan Universal Pictures pelakon yang dipilih adalah pelawak, Kevin Hart yang akan muncul dengan filem terbarunya, Ride Along awal tahun depan.

Memang sesuailah filem lakonan Hart itu dengan aplikasi Waze, kan. Jadi ia boleh diibaratkan cara promosi yang menguntungkan kedua-dua belah pihak memandangkan komuniti Waze sendiri mempunyai lebih 50 juta pengguna.

Kepada pengguna Waze yang bercadang untuk memuatnaik suara Hart, anda boleh melakukan langkah ini:

Settings > Sound > Voice >“English (US) – Ride Along”

Aplikasi ini akan memuatnaik fail suara jadi sebaik-baiknya lakukan ketika anda menggunakan Wi-Fi.

Kami dah cuba dan ia memang menarik. Baru nak memulakan perjalanan lagi suara Hart dah kedengaran kelakar!  - REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment