Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

RASANYA semua sudah sedia maklum mengenai krisis antara pelakon Hanez Suraya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim atau lebih dikenali sebagai Dasha sehingga membabitkan kes saman.

Puncanya, bekas pembantu peribadinya itu dikatakan memfitnah dan mengaibkan pelakon itu menerusi laman Instagram dan Twitter.

Berikutan itu, Hanez menerusi peguamnya telah menghantar surat sebelum tindakan atau ‘Letter of Demand’ pada Oktober lalu yang mengarahkan Dasha memohon maaf dalam tempoh 48 jam dari tarikh tersebut.

Bekas pembantu peribadinya itu kemudiannya memuatnaik permohonan maaf melalui kedua-dua akaun tersebut, namun pelakon itu mendakwa, Dasha masih lagi memfitnahnya selepas itu.

Memburukkan keadaan, Hanez menyatakan, Dasha tidak hadir ke mahkamah pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, menerusi laporan terbaru GUA, bekas pembantu peribadinya itu memberi kenyataan balas:

“Saya tak dapat apa-apa surat yang mengatakan saya kena datang ke mahkamah. Itu yang saya tanya, macam mana boleh cakap saya tak datang ke mahkamah. Saya hanya dapat surat ‘Letter of Demand’, bertarikh 16 Oktober yang meminta saya meminta maaf dalam masa 48 jam kepada umum. Jadi saya dah buat seperti yang diminta. Saya fikirkan semuanya sudah selesai. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita yang saya perlu hadir ke mahkamah pada Isnin lalu. Sedangkan saya tak tahu apa-apa. Saya tahu pun apabila ada orang telefon saya, tanya saya kenapa tak datang ke mahkamah dan Hanez dah memberikan kenyataan yang saya tidak hadir ke mahkamah.

“Saya telah melantik seorang peguam. Kami telah berbincang mengenai perkara ini dan peguam terbabit telah meminta saya tampil memberi kenyataan balas kepada pihak media kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanez macam memfitnah. Dia kata saya tak datang mahkamah, sedangkan saya tidak mendapat apa-apa surat pun yang menyuruh saya ke mahkamah.

“Saya dah berbincang dengan peguam dan sebenarnya saya mahu selesaikan sahaja perkara ini secara baik. Saya tak mahu memanjangkan cerita. Bagaimanapun, saya akan serahkan perkara ini kepada peguam. Selepas ini peguam saya akan berbincang dengan peguamnya. Saya masih lagi menanti surat daripada peguamnya,” jelas Dasha.

Hai, makin rumit nampaknya kes ini. Rasanya perkara sebegini boleh diselesaikan dengan baik di luar asalkan kedua-duanya sanggup bersemuka dan berbincang dengan tenang.

Apapun, kita tunggu saja jawapan dari Hanez sendiri mengenai kenyataan Dasha itu nanti.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment