Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

PETALING JAYA – Filem Cinderella lakonan Fizo Omar dan Nelydia Senrose yang sepatutnya dijadualkan pada Februari depan mendapat tayangan awal dua bulan kepada 19 Disember ini.

Pengarahnya, Ahmad Idham berkata, filem ini ditawarkan untuk tayangan awal berikutan terdapat filem yang menarik diri daripada tarikh tayangan yang sudah ditetapkan.

“Saya juga baru diberitahu dua minggu lalu dan ditawarkan sama ada mahu mempercepatkan tayangan atau tidak.

“Biarpun masa terlalu singkat dan persiapan promosi masih belum dibuat namun apabila memikirkan banyak faktor lain yang baik, saya setuju untuk tayangan Disember ini,” katanya selepas tayangan pratonton filem Cinderella, di sini, Sabtu.

Tambah Idham, cuti sekolah juga menjadi faktor terbaik untuk dia filem ditayangkan.

Sementara itu, bercerita tentang filem tersebut, Idham berkata, dia hanya mengambil kurang daripada 20 peratus daripada drama siri popular Cinderella.

“Cerita Cinderella ini memang saya ambil inspirasi daripada drama saya sekitar tahun 90an. Namun hanya 20 peratus sahaja iaitu beberapa watak dan babak sahaja.

“Secara kesuluruhannya mengikut jalan cerita tentang kisah dongeng Cinderella itu sendiri,” katannya.

Tambah Idham, penggambaran mengambil masa 20 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Morib, Selangor.

Turut membintangi filem ini ialah Kamal Adli, Erin Malik, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fauziah Nawi. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment