Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan RM654,280.25 dua tahun lepas.

Fadzila Said, 42, selaku peguam di Firma Fadzila & Co, didakwa atas tuduhan pecah amanah cukai keuntungan hartanah sebanyak lima peratus iaitu RM654,280.25 daripada jumlah keseluruhan harga jual beli RM13,085,605 dengan tidak menyerahkan kembali wang itu kepada penjual.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Desa Pandan, Cheras pada 28 Ogos 2012 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu serius yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Peguam Shamsul Sulaiman, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya perlu menanggung dua anak berusia sembilan dan 13 tahun, selain menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Balai Polis Kajang sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment