Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KANGAR – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (PPSPPA) Perlis akan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pihak yang membuang sampah di kawasan larangan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, Datuk Zainul Abidin Abdullah, berkata mereka yang didapati bersalah menurut Seksyen 71 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Tahun lalu, PPSPPA Perlis menutup 27 tempat pembuangan sampah haram dan kini semua tempat terbabit dipantau oleh unit rondaan penguatkuasaan PPSPPA, katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu juga PPSPPA Perlis melaksanakan enam program kebersihan termasuk Bank Kitar Semula di 30 sekolah rendah dan menengah yang mengumpul 1,246 kilogram barangan kitar semula bernilai lebih RM3,900.

Program sama turut dilaksana di 12 jabatan kerajaan yang menghasilkan 838 kg barangan kitar semula dengan nilai jualan RM2,511 selain tadika yang menyumbang 1,393 kg dengan nilai jualan RM437, katanya.

Terdahulu, Zainul Abidin mewakili PPSPPA menandatangani memorandum kerjasama dengan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta kawasan rukun tetangga (KRT) membabitkan tujuh taman perumahan dan satu KRT.

Memorandum itu diharap menjadi landasan kepada penduduk untuk mengubah dan meningkatkan kesedaran dalam aspek pemeliharaan alam sekitar, katanya.
- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment