Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 23, 2014

No Comment


Kuala Lumpur: Sebanyak 515 jersi pasukan Chelsea tiruan dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Sungai Besi, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 1 petang itu, sepasukan anggota penguat kuasa diketuai Mohd Hanif Awang menyerbu premis terbabit selepas menerima maklumat orang awam dan aduan wakil syarikat jenama jersi itu.

Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Rosli Ahmad berkata, pemeriksaan mendapati jersi pasukan Liga Perdana Inggeris disyaki tiruan itu dijual secara terbuka kepada orang ramai.

“Semua jersi itu disita kerana menggunakan suatu perihal dagangan palsu iaitu Chelsea dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 (2), Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, jika sabit kesalahan bagi perseorangan, boleh didenda RM10,000 dan penjara tiga tahun, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000. - myMetro

0 comments:

Post a Comment