Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014


PADANG RENGAS: Seramai 60 ketua UMNO bahagian di seluruh negara menyokong cadangan Pergerakan Pemuda UMNO supaya tindakan tegas, adil dan cepat diambil terhadap individu yang menghina, memperlekeh serta mempersenda Islam atau agama lain yang dianuti rakyat negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata semua ketua bahagian itu mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dua hari lepas bagi menyatakan rasa tidak puas hati rakyat kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan.

"Perkara ini turut menjadi usul dan mendapat sokongan kepimpinan UMNO bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas pada Sabtu.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas Mohd Ariff Abdul Majid dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas Suzmaniza Sulaiman.

Khairy berkata perkara itu telah dibangkitkan dua kali dalam mesyuarat Kabinet kerana individu yang tidak bertanggungjawab itu mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan dalam persidangan Dewan Rakyat, melalui ceramah atau kenyataan secara terbuka.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata UMNO Bahagian Padang Rengas menyokong cadangan itu dan meminta pihak berkuasa supaya tidak memandang remeh perkara itu. - Astro Awani

0 comments:

Post a Comment