Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 6,400 Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM300 sebulan, setakat Jun lalu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata elaun yang diberi kepada OKU berpendapatan kurang RM1,200 sebulan itu bertujuan menarik minat golongan itu untuk bekerja.

“Selain itu, OKU yang bekerja juga layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM15,000,” katanya pada perasmian Seminar Sokongan Pekerjaan Untuk OKU di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Mohd Sahar Darusman.

Menurut Riot, program lain yang dilaksanakan untuk OKU termasuk Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU) dan Sistem Penggajian OKU (SPOKU).

“Sepanjang pelaksanaan SBGP-OKU sejak 2007, ia telah membantu 850 usahawan OKU dan 714 OKU lain telah digajikan di bawah mereka.

“Bagi program SPOKU pula, sejak 2005 hingga kini terdapat 8,053 OKU dan 2,329 majikan telah berdaftar, dengan 3,445 jawatan kosong telah ditawarkan,” kata Riot.

Menurutnya, kini terdapat kira-kira 250,000 OKU berumur antara 15 hingga 64 tahun mewakili 0.83 peratus daripada populasi penduduk di negara ini.

Katanya, kerajaan menyediakan 25 faedah yang boleh dinikmati golongan OKU berdaftar meliputi akses kepada kesihatan, bantuan pendidikan, kemudahan pengangkutan awam dan peluang pekerjaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment