Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

SEREMBAN – Sebuah tong berisi asid nitrik mengalami tindak balas sehingga menyebabkan berlakunya tumpahan di sebuah sekolah sekitar daerah ini, semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari itu disedari seorang kontraktor dari Kualiti Alam ketika kerja-kerja memindahkan tong berisi asid itu dari makmal sekolah ke dalam lori.

Beliau berkata, semasa kontraktor berkenaan ingin membawa tong tersebut ke dalam lori, dia ternampak terdapat tindak balas dalam bekas berkenaan sehingga menyebabkan asid tersebut terkeluar.

“Disebabkan cemas dengan kejadian itu, pihaknya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan. Sebanyak enam jentera termasuk dua unit RIM dan ambulans bomba EMRS membabitkan seramai 15 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati asid di dalam bekas tersebut telah meleleh keluar, namun ia berjaya dikawal.

“Kita kemudian membawa tong lima liter yang berisi asid itu ke kawasan padang sekolah untuk distabilkan semula bekas berkenaan sebelum ia dimasukkan ke dalam lori dengan menggunakan bekas takungan khas bomba," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tindakan pantas anggotanya berjaya mengawal keadaan dengan sempurna tanpa melibatkan sebarang kecederaan.

Menurutnya, dia difahamkan asid tersebut diambil pihak sekolah untuk dibawa ke Pusat Kualiti Alam bagi tujuan pelupusan.

Disebabkan kejadian itu, pasukan bomba melalui Unit RIM dan sebuah jentera terpaksa mengiringi lori berkenaan sehingga ke Pusat Kualiti Alam bagi memastikan tiada lagi tindak balas berlaku, selain memastikan keselamatan awam terjamin. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment