Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

PENGURUS Napoli, Rafa Benitez yakin anak buahnya mampu menembusi gawang Athletic Bilbao menjelang aksi timbal balik play-off Liga Juara-Juara di gelanggang lawan, Khamis depan.

Pada pertembungan pusingan pertama di Stadio San Paolo awal pagi semalam, Napoli bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Bilbao 1-1.

Gol penyamaan Napoli dijaringkan Gonzalo Higuain pada minit ke-68. Sebelum itu, pasukan pelawat terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Iker Muniain m-41.

Menurut Benitez, Napoli mampu melayakkan diri meskipun berdepan tugas sukar di Sepanyol nanti.

"Bagi saya, peluang masih seimbang buat kedua-dua pasukan untuk layak. Sama seperti Bilbao, kami mahu menjaringkan gol dan menang pertemuan timbal balik nanti.

"Saya berkeyakinan tinggi, namun saya juga akui perlawanan itu nanti pasti sukar kerana kami beraksi di gelanggang lawan.

"Apa pun, jika kami boleh tampilkan aksi sama seperti hari ini (semalam), tidak mustahil kami boleh mengecewakan mereka," kata Benitez.

Bagi Higuain, dia menegaskan Napoli perlu memenangi aksi pusingan kedua.

"Napoli mesti beraksi di Liga Juara-Juara! Kami ada skuad yang mampu menterjemahkan cita-cita kelab.

"Jadi, kami mesti pergi ke Sepanyol dan pulang semula ke Itali dengan kemenangan," katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment