Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

LONDON – Diego Costa menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit dalam kemunculan pertama untuk Chelsea di gelanggang sendiri apabila mengatasi kelab Sepanyol, Real Sociedad 2-0 dalam aksi persahabatan, awal pagi hari ini.

Penyerang Sepanyol bernilai £32 juta (RM160 juta) yang berpindah dari Athletico Madrid, musim panas ini meledak masuk gol pertama pada minit-minit awal permainan hasil umpanan Ramires.

Dia kemudian tampil menolak masuk gol kedua hasil hantaran Andre Schurrle yang terkena tiang sebelum dia menolak masuk dalam gawang.

Costa terlepas peluang untuk merakamkan jaringan hatrik apabila rembatannya tersasar selepas mendapat hantaran melintang Eden Hazard.

The Blues yang menyudahkan cabaran Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga, musim lalu akan membuka kempen liga 2014-2015 menentang Burnley, Isnin ini.

Pengurus pasukan, Jose Mourinho menghambur kata-kata pujian ke atas Costa dan menyifatkan dia pemain yang bekerja keras dan bukan hanya menjaringkan gol sahaja.

“Ia mengenai kerja pertahanan, mentaliti dan kesungguhan pemain ini. Inilah pemain yang kami nantikan musim lalu.

“Kami tidak membeli seorang penyerang sebelum ini kerana mahu mendapatkannya. Sekarang kami sudah memiliki dia dan harap musim ini akan berjalan lancar,” katanya. – BBC Sport 

0 comments:

Post a Comment