Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

JASIN – Felcra Berhad akan membangunkan tanah miliknya seluas 80.9 hektar di Seri Mendapat di sini dengan projek pembangunan bercampur, termasuk rumah mampu milik bernilai RM300 juta dalam usaha mewujudkan sebuah bandar baharu yang dinamik di kawasan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, projek itu telah mendapat persetujuan kerajaan negeri dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan permulaan melibatkan pembangunan tanah seluas 24.3 hektar tidak lama lagi.

“Projek ini dijangka dimulakan tiga bulan lagi selepas beberapa prosedur pengambilan tanah dan proses dokumentasi selesai.

“Kita akan menumpukan untuk membangunkan infrastruktur sokongan seperti rumah kedai, perumahan serta kemudahan lain yang lebih komprehensif terutama di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jasin di sini agar penduduk tidak lagi perlu ke bandar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Felcra Berhad yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Felcra Seri Mendapat di sini, hari ini.

Bung berkata, Felcra akan bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membangunkan perumahan kos rendah dan mampu milik sebagai usaha terbaik memenuhi permintaan rakyat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, Felcra akan membangunkan beberapa projek hartanah melibatkan perumahan di beberapa negeri termasuk Kedah, Perak dan Selangor.

Katanya, ia adalah satu daripada langkah proaktif Felcra Berhad dalam usaha melebarkan sayap dengan pelbagai aktiviti perniagaan bagi meningkatkan daya saing seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.

Sementara itu, Idris berkata, kerajaan negeri berharap projek terbabit dapat dibangunkan dengan kira-kira 1,000 rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan penduduk, terutama warga UiTM cawangan Jasin.

“Kerajaan negeri menyambut baik usaha pihak Felcra untuk membangunkan tanah, khususnya di kawasan pendalaman sekali gus dapat menjadikannya bandar baharu untuk memberi kemudahan kepada penduduk,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment