Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

SEJAK akhir-akhir ini, sudah banyak kali kita diperdengarkan dengan kisah penghijrahan golongan artis yang memilih untuk lebih mendekati agama Islam.

Perkara yang sama turut berlaku pada komposer popular Indonesia, Mellyana Goeslaw Hoed, 40 atau Melly Goeslaw yang turut mengambil keputusan besar dalam hidupnya untuk tampil berhijab.

“Sebenarnya hasrat mahu berhijab mula timbul sejak dua tahun lalu. Semuanya bermula setelah saya pulang dari menunaikan ibadah umrah buat kali pertama tiga tahun lalu.

“Tidak tahu mengapa, hati saya ketika itu agak berat dan takut memikirkan adakah selepas berhijab saya masih boleh menyanyi dan bagaimana pula dengan penerimaan orang lain terhadap penampilan baru saya.

“Sehinggalah tiga bulan lalu, selepas pulang dari umrah kali ke dua, saya nekad berhijab kerana terselit rasa malu dalam diri kerana sebelum ini saya tidak percaya dengan apa yang sudah digariskan oleh Allah,” jelasnya ketika di temui pada majlis sidang media telenovela eksklusif Astro Prima, Cinta Ibadah baru-baru ini.

Berkongsi lebih lanjut mengenai penghijrahannya, Melly yakin perubahan itu memang sudah tertulis buat dirinya.

“Saya benar-benar yakin dengan ketentuan-Nya. Bagaimana sekalipun keadaan saya, saya tidak perlu takut dengan masalah rezeki kerana ia memang sudah diatur oleh-Nya.

“Dari situlah bermulanya penghijrahan saya memakai hijab dan mudah-mudahan saya terus istiqamah,” ujarnya.


Belajar dari Rossa

Bersyukur penghijrahannya diterima baik, isteri kepada penulis lagu, Anto Hoed ini memberitahu biarpun penampilannya kini berbeza, namun itu tidak bermakna seluruh kehidupannya turut berubah.

“Saya masih sama seperti yang dulu dan dalam penghijrahan ini, saya tidak berubah secara drastik. Alhamdulillah, perubahan ini membuatkan saya lebih tenang. 

“Saya gembira kerana selain suami dan anak-anak, peminat dan teman-teman dapat menerima saya seadanya walaupun pada awalnya mereka agak kekok untuk mendekati saya,” katanya.

Pada masa yang sama, Melly turut mendedahkan perubahannya itu juga turut didorong oleh insan yang berada di sekelilingnya.

“Untuk berubah saya tidak meminta pandangan sesiapa kerana memang niat untuk berhijab sudah ada. Tambahan pula suami telah berhijrah terlebih dahulu. Jadi ia juga membuka hati saya.

“Salah seorang yang mendorong saya dalam perubahan ini juga adalah Rossa. Dia gembira melihat perubahan saya dan dia juga berhasrat untuk segera menyusul,” katanya.

Menyentuh mengenai imej terbaharunya, Melly tidak meletakkan hijab sebagai penghalang untuknya tampil bergaya dengan fesyen tersendiri.

“Dari segi fesyen bagi saya memang tidak ada masalah. Walaupun sudah berhijab saya masih selesa bereksperimen dengan gaya yang tersendiri.

“Berhijab tidak menghalang saya untuk mencuba asalkan ia tidak melanggar batasan,” jawabnya.


Hijrah dalam muzik

Tidak hanya meletakkan penghijrahannya melalui imej penampilan, Melly juga berhasrat mahu menghasilkan muzik yang lebih bersesuaian dengan dirinya kini.

“Setakat ini perjalanan karier muzik saya masih berjalan seperti biasa. Tapi untuk menghargai penampilan saya sekarang dan juga wanita-wanita Muslim yang lain, saya mahu hasilkan muzik yang lebih bersesuaian.

“Kali ini juga saya perlu lebih berhati-hati dari segi penulisan lirik kerana sebelum ini saya juga terkenal dengan lirik yang agak ‘gila-gila’,” katanya sambil tertawa.

Selain itu, pelantun ‘Cinta’ ini juga merancang untuk menghasilkan album dengan konsep yang bersesuaian.

“Sekarang kami masih lagi dalam proses perbincangan untuk mencari konsep dan format yang lebih sesuai dengan penampilan saya dan pada masa yang sama muzik itu juga bertepatan dengan peredaran muzik sekarang.

“Saya perlu fikirkan formula seperti apa yang boleh diterima oleh peminat yang usia dan juga anak remaja yang tidak mengenali saya,” bicaranya.


Cinta Ibadah

Beralih pada perkembangan terbaharunya, Melly turut terlibat dengan projek penghasilan telenovela pertama Astro, Cinta Ibadah dengan menghasilkan runut bunyi.

“Saya ditawarkan untuk terlibat dengan projek ini lebih kurang lima bulan lalu. Selepas baca sendiri skrip Cinta Ibadah, saya memang tertarik dengan jalan ceritanya. Saya tertarik dengan kekuasaan cinta yang sangat luar biasa dari seorang perempuan yang ditonjolkan dalam jalan cerita ini menjadikan ia drama yang berbeza.

“Jadi saya setuju hasilkan sebuah lagu khas untuk drama ini. Saya harap ia sedikit sebanyak membantu,” katanya.
 

0 comments:

Post a Comment