Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

"JANGAN pandang rendah Pulau Pinang.”

Itu kata penjaga gawang utama The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan pasukannya menentang Pulau Pinang pada aksi kedua kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.

Pesanan itu hadir ketika Pulau Pinang bertandang ke Kota Bharu dengan semangat berkobar-kobar untuk terus menambah duka ke atas Kelantan setelah skuad kendalian George Boateng tewas kepada Johor Darul Ta’zim pada aksi pembuka tirai tempoh hari.

Khairul Fahmi atau dikenali Apex berkata, kejayaan skuad yang terkenal jolokan Harimau Kumbang mengikat seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi petanda tiada laluan mudah buat pasukannya mengukir kemenangan pada pertemuan malam esok.

“Pulau Pinang membuktikan mereka bukan pasukan yang mudah ditewaskan. Seperti saya beritahu sebelum ini, fenomena Piala Malaysia amat jauh berbeza dengan saingan Liga Super atau pun Piala FA.

“Semua pasukan ada kelebihan masing-masing dan Kelantan tidak boleh sesekali memandang rendah Pulau Pinang. Jika rakan sepasukan bersikap sedemikian, itu boleh memakan diri kami,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Khairul Fahmi mengakui tekanan kini berpihak bagi Kelantan untuk mencipta kemenangan, namun beliau percaya rakan sepasukannya mampu menangani situasi negatif apabila turun beraksi selama 90 minit pada perlawanan tersebut.

“Segala-galanya bergantung bagaimana kami boleh menyerap tekanan pada perlawanan itu. Kami perlu mencari kemenangan agar tidak berdepan masalah apabila bertemu Angkatan Tentera Malaysia selepas ini,” katanya.

Khairul Fahmi yang juga Penolong Ketua Pasukan Kelantan turut menyifatkan skuad bimbingan jurulatih pengalaman, K Devan itu penuh misteri memandangkan mereka beraksi dalam kancah Liga Premier musim ini.

Menurutnya, awang import dari Korea Selatan, Lee Gil-Hoon dianggap nadi kebangkitan Pulau Pinang dan Kelantan harus berwaspada dengan kelincahan pemain tengah yang meledak 15 gol untuk pasukannya dalam saingan Liga Premier.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment