Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 19, 2014


BAITUL-MAQDIS: Tentera Israel dilaporkan melancarkan tidak kurang dari empat serangan udara ke atas Gaza pada Selasa dan bertindak memanggil pulang wakil perundingnya dari Kaherah, Mesir selepas mendakwa selatan wilayahnya dibedil dengan tiga serangan roket ketika gencatan senjata sedang berlangsung.

Ini adalah ketegangan paling serius yang berlaku sejak Rabu lalu.

Serangan udara dilancarkan hanya selang beberapa minit selepas perdana menteri rejim Benjamin Netanyahu mengarahkan pihak tentera untuk bertindak balas terhadap serangan roket yang didakwa mengena kawasan Beersheva.

Saksi di pihak Palestin berkata serangan udara disasarkan di bahagian Beit Lahiya di Maghazi dan Khan Yunis di Rafah.

Tiada sebarang laporan kematian atau kecederaan dilaporkan sehingga kini.

Begitu juga tiada pihak yang mengaku melancarkan serangan roket dari wilayah Palestin.

Gencatan senjata terbaharu ini sepatutnya tamat pada 2100 GMT (pukul 5 pagi waktu Malaysia).

Jumlah korban di pihak Palestin kini mencecah 2,016 orang manakala 10,196 lagi cedera sejak Israel melancar operasi ketenteraan yang bermula 8 Julai lalu. - Astro Awani

0 comments:

Post a Comment