Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

KUANTAN – Jabatan Pendidikan negeri akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa seorang pelajar tingkatan tiga yang didakwa dibuli sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah, minggu lepas.

Pengarahnya, Rosdi Ismail berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap berhubung insiden berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum membuat tindakan susulan terhadap mereka yang terlibat.

“Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, hanya empat pelajar senior yang terbabit dengan kejadian itu.

“Bagaimanapun, pihak kami memandang serius kejadian ini dan tidak bertolak-ansur dengan sebarang aktiviti buli membabitkan pelajar di negeri ini,

“ katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam kejadian minggu lalu, pelajar berkenaan mendakwa dibelasah 14 pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menulis satu komen di laman sosial Twitter 18 Ogos lepas.

Difahamkan dia turut dipukul seorang pelajar tingkatan lima menggunakan tin biskut hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah bagi mendapatkan rawatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment