Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

ALOR SETAR - Kedah menjadi negeri pertama menerima perkhidmatan jalur lebar 4G oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) setelah produk itu dilancarkan di dua daerah di negeri ini, hari ini.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, produk dikenali TMgo itu dilancarkan di 17 lokasi di daerah Kota Setar dan Pendang.
 
Menurutnya, pelancaran TMgo adalah susulan daripada ujian perkhidmatan yang dilakukan akhir tahun lalu dan ia sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar di bandar dan luar bandar.
 
"Kami memilih Kedah sebagai negeri pertama untuk menikmati perkhidmatan ini kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan.
 
"Tidak lama lagi 20 lokasi lagi di Kedah akan memperolehi perkhidmatan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan 4G TM di Kompleks TM di Jalan Kolam Air di sini, hari ini.
 
Zamzamzairani berkata, dalam tempoh enam bulan lagi perkhidmatan itu diperluas ke seluruh negara dan sebanyak 280 lokasi telah dikenalpasti.
 
Sementara itu,  Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang merasmikan produk itu berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang menumpukan kepada aspek keunggulan perkhidmatan komunikasi.
 
"Penggunaan teknologi ini sejajar dengan moto 'Bersama Memacu Transformasi' kerajaan negeri Kedah. ​Saya berbangga kerana Kota Setar dan Pendang merupakan kawasan pertama dipilih TM untuk penyediaan perkhidmatan 4G TMgo ini.
 
"​Dengan perkhidmatan tanpa wayar 4G ini, diharapkan penduduk Kedah dapat menggembleng tenaga dan sumber dengan lebih hebat demi pembangunan yang akan memberi faedah yang besar," katanya ketika berucap pada majlis itu.
 
Beliau berkata, penggunaan perkhidmatan jalur lebar sudah menjadi lumrah kehidupan dan ia bukan lagi satu kemewahan tetapi keperluan.
 
Katanya, ia akan menjana hasil lebih pesat buat Kedah dan akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi yang mampu dimanfaatkan penduduk.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment