Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

Putrajaya: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui agensi di bawahnya bersedia menyambut ketibaan jenazah nahas pesawat MH17 yang akan dikebumikan di beberapa negeri yang terbabit.

Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, menerusi peranan yang dimainkan, pihaknya akan membantu melancarkan pengurusan ketibaan jenazah nahas pesawat MH17 di peringkat negeri. 

"Kita menguruskan dari segi upacara penghormatan terhadap ketibaan jenazah di negeri. Misalnya, ada mangsa terbabit berasal dari Sarawak, dan kita turut mengadakan penghormatan seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

"Malah, wakil negeri juga akan turun dan menyambut ketibaan jenazah terbabit di setiap negeri.


"Bagaimanapun, upacara penghormatan terhadap jenazah seperti di KLIA bergantung kepada permintaan keluarga mangsa," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pengurusan Jenazah di sini, hari ini. - myMetro online

0 comments:

Post a Comment