Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kes saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Jamil Khir pada 11 Mei 2012 memfailkan saman terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan itu kerana mendakwa Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil memfitnah beliau dalam satu forum terbitan RTM.

Jamil Khir mendakwa Shamsul Iskandar secara tidak benar dan berniat jahat memfitnah beliau ketika menjawab persoalan dan mengulas tentang isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin merekodkan penyelesaian itu selepas Shamsul Iskandar membacakan permohonan maaf terhadap Jamil khir di kamar hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment