Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati dan akur nasihat Sultan Selangor supaya beliau menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.

“Sehingga itu, saya dan barisan exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah baginda dan menghindar membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap baginda.

Sebelum ini, Istana Selangor menyatakan bahawa Khalid Ibrahim telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.

Bagaimanapun Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Baginda menitahkan agar Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berlepas ke Budapest, Hungary, untuk bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.

Satu mesej teks ringkas (SMS) disebarkan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat berkenaan hal ini.

SMS tersebut turut menyatakan Khalid menghadap Sultan untuk mendapat perkenan pembubaran Dewan Negeri, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

“Dapat maklumat semalam Khalid akan meminta Sultan membubarkan DUN (Dewan Negeri Selangor).

“Mungkin Khalid akan ke Budapest bertemu DYMM (Sultan),” kata mesej yang dilihat Malaysiakini itu.

Bagaimanapun Setiausaha Akhbar Khalid Arfa’eza Abdul Aziz menafikan spekulasi tersebut.

Beliau menyatakan Khalid akan meneruskan kerja seperti biasa sehingga Sultan kembali dari luar negara 27 Ogos depan. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment