Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

SETELAH kejayaan merangkul trofi Piala FA musim lalu, skuad bimbingan Arsene Wenger semakin bernafsu besar untuk menambah koleksi trofi pada kempen musim ini.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemain pertahannya, Kieran Gibbs.

Musim lalu, The Gunners berjaya menamatkan penantian selama sembilan tahun dengan memenangi trofi Piala FA selepas berjaya menewaskan Hull City.

Gibbs yakin dengan pencapaian itu, mereka akan terus melakar sejarah baharu dengan merangkul sebanyak mungkin piala musim ini.

"Memenangi Piala FA merupakan kejayaan terbesar bagi kami. Kami akan mempertahankan trofi itu dengan memperkuatkan lagi barisan pemain.

"Musim lalu perkara sama dibuat dan ia telah memberi kesan positif buat kami. Jadi saya berharap kami boleh meraih trofi lagi," katanya.

Tambah Gibbs, kesemua pemain juga akan berusaha keras bagi memastikan trofi yang ditawarkan berada dalam genggaman mereka.

"Saya yakin pemain telah kembali dengan personaliti yang lebih baik dan mereka telah menunjukkan sikap yang sangat dahagakan kejuaraan," katanya.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment