Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 pagi, Jumaat ini akan melibatkan 20 jenazah mangsa warganegara Malaysia.

Kumpulan pertama jenazah itu terdiri daripada 17 keranda dan tiga lagi di dalam bekas abu namun tidak melibatkan jenazah warga Belanda yang dilaporkan sebelum ini akan dikebumikan di Malaysia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata senarai penuh jenazah mangsa akan diumumkan esok.

“Perbincangan kita dalam Jemaah Menteri, kita mengesahkan pada Jumaat ini kita akan terima 20 jenazah warganegara kita kembali ke tanah air. Kita juga dapat pengesahan walaupun ada tambahan jenazah tetapi ia tidak menjejaskan persiapan di negeri-negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media bersama di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment