Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung teguran bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.

“Apapun segala kemungkinan akan berlaku…harap ia berkesudahan dalam keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian semasa menjawab pertanyaan sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir, yang menegur dasar pentadbiran beliau menerusi blog www.chedet.cc, baru-baru ini.

Antara isu yang dibangkit bekas perdana menteri Malaysia paling lama itu ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan teguran itu sebagai masalah dalaman Umno, Najib berharap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya.

Najib berkata kenyataan beberapa pemimpin Umno berhubung teguran Dr Mahathir sebelum ini, juga menunjukkan mereka memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan sedia ada.

“Tapi, dalam masa sama, kita hormati Tun Mahathir sebagai pemimpin yang lebih berpengalaman,” katanya.– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment